Dapatkan

Untuk bos bisnes, affiliate, content creator dan geng AI

Ada syarikat sendiri. Staf semua AI.

Taip mula dan jawab beberapa soalan. AI bina syarikat untuk awak, lengkap dengan staf pakar dalam bidang masing-masing: penulis skrip, copywriter, editor, pereka dan ramai lagi. Mereka buat kerja, awak cuma luluskan.

  • Mac dan Windows
  • Bahasa Melayu
  • Tak perlu tahu coding
Pejabat maya bergaya pixel dengan kolam, bilik mesyuarat dan ruang kerja tempat agent AI bekerja
22jawatan pakar
8pek industri
21skill kerja
1bos: awak

Syarikat biasa vs syarikat AI awak

Pasukan yang sama, tanpa gaji bulanan dan tanpa ofis.

Syarikat biasa
Syarikat AI awak
Gaji ribu-ribu setiap staf, setiap bulan
Bayar sekali + langganan Claude sendiri
KWSP, PERKESO, sewa ofis, bil
Tak ada. Pejabat dalam komputer
Staf baru kena dilatih
Dah terlatih tahap pakar
Cuti, MC, berhenti kerja
Sedia bila awak buka Claude
Susah nak tahu siapa buat apa
Nampak semua dalam pejabat
Staf boleh tersilap cakap
Semua tunggu awak luluskan

AI tak ganti semua. Video tetap awak rakam sendiri. Tapi kerja menulis, merancang dan riset, mereka boleh pegang.

Siapa yang sesuai?

Masa mula, AI tanya pasal kerja awak dan pilihkan pasukan yang sesuai.

Bos bisnes kecil

Kedai, kafe atau servis. Dapat pasukan marketing dan layan pelanggan tanpa ambil staf.

Affiliate TikTok

Nilai produk, cari sudut video, tulis hook dan skrip. Ada pek affiliate siap.

Content creator dan YouTuber

Idea video, skrip, senarai potongan dan jadual post.

Geng AI

Tengok sendiri sekumpulan agent AI bekerja macam satu syarikat.

Penjual online

Shopee, Lazada, TikTok Shop. Listing produk, promosi dan draf balas chat.

Ejen hartanah

Listing jual dan sewa, brief video rumah dan senarai prospek.

Freelancer dan agensi kecil

Post portfolio, draf sebut harga dan susulan klien.

Tutor dan pemilik kursus

Halaman kursus, post ilmu dan jawapan soalan pelajar.

Kenali staf awak

10 contoh staf untuk kedai kek, daripada 22 jawatan yang ada. Nama, rupa dan jawatan semua boleh tukar.

Watak pemilik
AwakBOS

Bagi kerja, baca draf, luluskan.

Hakim
HakimCHIEF OF STAFF

Setiap pagi bagitahu apa yang tunggu awak.

Aina
AinaDIVISION MANAGER

Pilih idea, tulis brief, agih kerja.

Zack
ZackSCRIPTWRITER

Hook 3 saat, skrip dan senarai syot.

Mira
MiraCOPYWRITER

Caption yang bunyi macam awak.

Rizal
RizalVIDEO EDITOR

Senarai potongan untuk edit di CapCut.

Sofea
SofeaCUSTOMER SUPPORT

Draf balas pelanggan, termasuk yang komplen.

Danial
DanialPUBLISHING MANAGER

Auto post ke TikTok, IG, FB dan lain-lain.

Farah
FarahGRAPHIC DESIGNER

Carousel dan visual ikut warna brand.

Imran
ImranMARKET RESEARCHER

Cari trend dan intai pesaing.

Amir
AmirAFFILIATE MANAGER

Nilai komisen dan permintaan produk.

+12
Ada 12 lagiCUSTOM SENDIRI

SEO, iklan, jualan, kewangan, data dan lain-lain. Pilih sendiri.

Nama dan rupa contoh je. Awak pilih sendiri: lelaki, perempuan atau campur.

Kenapa orang suka

Staf pakar, bukan pembantu biasa

Setiap agent ada panduan kerja ikut jawatan dia. Penulis skrip tahu pasal hook, editor tahu pasal rentak potongan.

Awak tetap bos

Semua kerja tunggu di panel Kelulusan. Tekan Lulus, atau tulis apa nak ubah.

Tak reka cerita

Agent tak reka harga, testimoni atau angka. Kalau tak tahu, dia tinggalkan ruang untuk awak isi.

Senang mula

AI tanya pasal bisnes awak, lepas tu cadangkan pasukan. Nak tengok dulu? Ada pejabat demo.

Chat terus dengan pejabat

Taip kerja dalam kotak chat bawah peta pejabat. Hasil keluar di situ, tanpa kod.

Best untuk ditengok

Pejabat pixel dengan watak yang jalan dan buat kerja. Nampak siapa tengah sibuk.

Sehari dalam syarikat AI awak

Awak masuk bila perlu buat keputusan je.

  1. Pagi: Hakim bagi ringkasanApa tunggu kelulusan, apa perlu dirakam, dan satu cadangan.
  2. Zack dan Mira mula menulisSkrip dan caption ikut gaya dan fakta bisnes awak.
  3. Mereka semak sendiri duluFakta betul, tak janji hasil, bunyi macam manusia.
  4. Awak luluskanBaca di panel Kelulusan. Tekan Lulus atau minta ubah.
  5. Danial jadualkanPost keluar sendiri ke TikTok, Instagram dan lain-lain ikut masa.

Pilih pejabat awak

6 layout, dari bilik kecil sampai bangunan ada kolam dan gym. Tekan untuk tukar.

Pelan lantai pejabat Lengkap
Lengkap ·

Apa beza dengan chat AI biasa?

Chat AI bagus untuk tanya soalan. Bisnes perlukan pasukan yang buat kerja.

Chat AI biasa
AI Virtual Office
Satu chat berselerak
Pasukan dengan jawatan sendiri
Terangkan bisnes setiap kali
Bisnes awak diingat
Ingat sendiri apa dah siap
Papan tugas tunjuk status
Tak ada semakan
Disemak dulu sebelum sampai
Salin tampal sendiri
Auto post lepas lulus

Apa awak dapat

  • Folder AI Virtual OfficeBuka dalam Claude, taip mula, pejabat awak siap.
  • 22 jawatan pakarSetiap jawatan ada panduan kerja pakar: teknik, langkah dan senarai semak.
  • 8 pek industriContent creator, affiliate TikTok, e-commerce, F&B, hartanah, kecantikan, kursus dan servis profesional.
  • 21 skill kerjaKalender content 30 hari, carousel, riset trend, skrip affiliate, listing produk, auto post dan banyak lagi.
  • 40 arahan siap gunaUntuk riset, content, jualan dan layan pelanggan. Salin dan tampal.
  • 6 layout pejabat dan beberapa temaPilih rupa pejabat yang awak suka.
  • Sampai 8 bahagianContohnya kedai online dan kafe, setiap satu dengan pasukan dan akaun sendiri.
  • Panel Kelulusan dan chat dengan pejabatLuluskan kerja dan bagi tugasan terus dari halaman pejabat.
  • Pejabat demo dan contoh hasil kerjaTengok rupa brief, skrip dan listing dulu sebelum mula.
  • Aliran kerja sendiri dan kebenaran agentTambah langkah kerja sendiri dan pilih agent boleh buat apa. Tanpa kod.
  • Sandaran dan kemas kini selamatPasukan lama disimpan setiap kali ubah. Kemas kini tak sentuh kerja awak.
  • Auto post ke media sosial (pilihan)Lepas awak luluskan, post dijadualkan ke TikTok, Instagram, Facebook, YouTube, LinkedIn, X, Threads dan lain-lain.
  • 2 panduan PDFCara pasang (Mac dan Windows), dan cara ubah suai serta selesaikan masalah.

Terus terang sebelum beli

  • Perlu langganan Claude sendiri. Tak termasuk dalam produk ni.
  • Perlu pasang Node.js (percuma). Cara pasang ada dalam panduan.
  • Video awak rakam dan edit sendiri. Agent sediakan skrip dan senarai potongan.
  • Tiada jaminan tontonan atau jualan. Hasil ikut usaha dan konsisten awak.
  • Untuk kegunaan sendiri. Tak boleh kongsi atau jual semula.

Belum sedia nak beli?

Tinggalkan email. Kami hantar info AI Virtual Office, tips guna AI untuk kerja awak, dan tawaran bila ada.

Nama dan email awak disimpan untuk hantar emel sahaja, dan tidak dijual atau dikongsi.

Soalan lazim

Saya tak reti teknologi. Boleh guna ke?

Boleh. Tak perlu coding. Taip mula dan jawab soalan. Panduan PDF tunjuk setiap langkah.

Saya bukan bisnes, saya affiliate atau content creator. Sesuai ke?

Sesuai. Ada pek khas untuk affiliate TikTok dan content creator.

Betul ke boleh ganti staf?

Untuk kerja menulis, rancang dan riset, ya. Tapi awak tetap semak, dan video awak rakam sendiri.

Boleh guna di Mac dan Windows?

Boleh. Panduan ada langkah untuk kedua-duanya.

Boleh tukar pasukan atau pejabat nanti?

Boleh, bila-bila masa. Tambah atau buang agent, tukar layout.

Data saya disimpan kat mana?

Dalam folder di komputer awak sendiri. AI jalan guna akaun Claude awak.

Auto post perlu apa?

Akaun Zernio sendiri (alat penjadualan). 2 akaun media sosial pertama percuma, akaun ketiga ke atas berbayar. Setiap post tetap awak luluskan dulu.

Boleh kongsi dengan kawan?

Tak boleh. Satu pembelian untuk kegunaan sendiri.

AI Virtual Office

Buka syarikat AI awak hari ni

Harga akan diumumkan

    • Folder AI Virtual Office, terus buka dalam Claude
    • 22 jawatan pakar, 8 pek industri, 21 skill, 6 layout pejabat
    • 40 arahan siap guna, pejabat demo dan contoh hasil kerja
    • Panel Kelulusan, chat dengan pejabat dan auto post (pilihan)
    • 2 panduan PDF
    Dapatkan sekarang

    Pautan muat turun dan panduan dihantar lepas bayar.

    Ada soalan? WhatsApp kami